Wednesday, June 24, 2009

AQIDAH DAN SYAHADAH

FIRMAN ALLAH S.W.T(AL-AN'AM)

74. dan (ingatlah) ketika nabi ibrahim berkata kepada bapanya Aazar : "patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? sesungguhnya Aku melihatmu dan kaummu Dalam kesesatan Yang nyata".

75. dan demikianlah kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

76. maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata : "inikah tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula : "aku tidak suka yang terbenam hilang".

77. kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata : "inikah Tuhanku? maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia : "Demi sesungguhnya, jika Aku diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadikanlah Aku dari kaum Yang sesat".

78. kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinar cahayanya), berkatalah dia : Inikah Tuhanku? ini lebih besar".setelah matahari terbenam, Dia berkata pula : "Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (sengan sesuatu Yang lain)".


2.10 MUQADDIMAH

kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan antara tauladan dan pengajaran yang wajar diamati dan di perhatikan tatkala membincangkan soal aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal berkaitan. Pemuda yang digelar Ashabul Khafi ini merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah S.W.T. Mereka berpegang teguh dengan Aqidah yang betul bahawa tiada tuhan selain Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan pegangan Aqidah yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri ke dalam gua. lari bukan kerana takut tapi Aqidah yang dipertahankan.

Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang berlaku kejam terhadap Ashabul Khudud(orang yang beriman kepada Allah). Mereka menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit marak dengan api dan melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman ini dengan mencampakkan mereka ke dalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah S.W.T

2.11 PENGERTIAN

BAHASA : bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman. Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada kehidupan yang lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di dunia dan di akhirat.

ISTILAH : Kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan melaksanakannya dalam kehidupan. Dalilnya :

"Tidak ada paksaan didalam (memeluk) agama (Islam) kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur).Oleh itu barang siapa yang ingkar kepada Thoughut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah : 256)

Aqidah merupakan suatu perkara yang ditetapkan malah wajib bagi pegangan Aqidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarabg syak merupakan satu keraguan dan bukannya Aqidah.

2.12 KEPENTINGAN AQIDAH

Aqidah merupakan perkara yang amat amat amat penting kepada manusia. Tanpa Aqidah, manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya Aqidah yang Sahihah sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar-legar dalam pemikiran manusia seperti :
  • Dari mana asal-usulnya?
  • Siapakah penciptanya?
  • Apakah tujuan alam diciptakan?
  • Apakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?
  • Bagaimana bentuk kehidupan tersebut?
Dalam hadapi persoalan2 mcm di atas, maka tujuan Aqidah Islam yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid. Di dalam islam, Iman yang berlandaskan Aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, dimana amalan seseorang itu tidak akan diterima Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman berlandaskan kepada Aqidah yang sahih. Hatta, mereka yang x beriman kepada Allah dan x mengharapkan pahala darinya serta beramal bukan kerana menuntut keredaan Allah tidak berhak mendapat pahala atas apa yang dilakukan. Maka mereka tidak beriman ini akan diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka.

2.13 UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH

ia dapat disimpulkan melalui rukun iman :
  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada Kitab
  • Beriman kepada Hari Kiamat
  • Beriman kepada Qada dan Qadar
1) Beriman kepada Allah diasaskan kepada 3 perkara :
  • Tauhid Uluhiyah - beriman kepada Allah sahaja yang menjadi dan menciptkan semua makhluk.Allah sahaja yang menghidupkan dan mematikan dan bersifat ketuhanan yang layak bagi Allah.
  • Tauhid Rububiyah - beriman kepada Allah sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan menafikan penyembahan selain Allah.
  • Tauhid Asma' wa sifat - beriman bahawa Allah mempunyai 99 nama baik dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna.
2) Beriman kepada Malaikat
  • berimaan dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk yang bernama malaikat yang dijadikan nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali Allah dan yang hanya wajib kita tahu hanyalah 10.
3) Beriman kepada Rasul
  • Beriman dengan sekalian rasul sebagai utusan Allah untuk mengajar umat manusia akan hukum2nya.bilangan mereka banyak dan wajib diketahui hanyalah 25
4) Beriman kepada kitab
  • beriman bahawa Allah telah menurunkan kitab sebanyak 104 buah kepada rasul-rasulnya.Antaranya : TAURAT (NABI MUSA AS), ZABUR (NABI DAUD AS), INJIL (NABI ISA AS) dan AL-QURAN (NABI MUHAMMAD S.A.W)
  • Al-Quran telah menasakhkan (mansuh) semua kitab2 terdahulu.
5 ) Beriman kepada Hari Qiamat
  • beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula hidup yang lain dimana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisap dan menerima balasan.
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar
  • beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini adalah dilakukan oleh allah dan dengan Qada' dan Qadar nya. Manusia hanya bertanggungjawab mengenai kerja,usaha, dan ikhtiar sahaja.
2.14 PERBEZAAN AQIDAH DAN IDEOLOGI

AQIDAH
  • Bermaksud simpulan atau ikatan atau hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T. hubungan ini disimpulkan melalui kalimah syahadah.
  • Aqidah berdasarkah wahyu dan ianya bersifat tetap, yang berubah hanyalah syariat.
  • Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan daya dan usaha yang menepati Aqidah tersebut
  • Ia mempunyai tarikan yang bersifat ghaib disebalik alam nyata.
IDEOLOGI/IDEA/TEORI/ISME
  • Bermaksud fahaman yang mana ianya diciptakan untuk mengatasi kelemahan sistem yang ada.
  • Contohnya : KAPITALISME (fahaman ekonomi), LIBERALISME (persamaan hak), NASIONALISME (kebanggsaan), SEKULARISME (pemisahan agama dengan keduniaan), SOSIALISME (kemasyarakatan), dan lain-lain.
  • Semua fahaman ini datangnya daripada akal dan x berkaitan drngan Wahyu.
  • ideologi/idea/teori/isme ini bersifat dingin dan beku. ia x menghasilkan pendirian yang teguh dan mantap.
  • Lebih kepada angan-angan nafsu dan kebendaan.
2.15 AQIDAH DAN PEMBENTUK PERIBADI

PENGARUH AQIDAH DALAM MENDIDIK HATI NURANI : Di dalam islam, Aqidah telah mendidik hati nurani dengan didikan yang sempurna. Hati ini lah yang bertindak sebagai pengawas dalam apa jua tindakan dan kegiatan. Aqidah yang terpasak di dalam hati jiwa seorang muslim akan menjadikan segala tindakan dan amalannya seolah-olah Allah berada di hadapan mata, menyaksikan tindak tanduknya. Kesannya, seorang mukmin akan melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah.

PENGARUH AQIDAH TERHADAP AMAL PERBUATAN : Perkataan amal dalam islam berkait rapat dengan ilmu, orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam islam sangat luas. Setiap gerakan positif yang didorong oleh aqidah atau yang digalakkan oleh islam adalah amal. Setiap amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah memikirkan apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak.

FIRMAN ALLAH S.W.T :


"Dan Katakanlah (wahai Muhammad) : Beramal lah kamu (akan Segala Yang Diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan oleh (Allah)
Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".
(At-Taubah : 105)

Berdasarkan ayat ini, jelaslah sesorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlaknya yang mulia lagi terpuji, meninggalkan segala perbuatan maksiat dan syubhat, kerana akhlak/amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada aqidah yang sahih kepada Allah. Pengaruh aqidah untuk berpegang kepada prinsip : sesungguhnya prinsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada Aqidah. Keteguhan prinsip yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam berhadapan dengan kaum musyrikin, sudah tentu tidak akan dicapai oleh manusia dengan aqidah dan keyakinan yang mantap.

2.16 KONSEP TAUHID

1) Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah intipati dari islam itu sendiri.
  • BAHASA : Mengesakan Allah
  • ISTILAH : Beri, tikad, percaya, dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya
Secara ringkasnya : Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya yang menciptakan alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah

FIRMAN ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad), Allah yang maha esa, Tuhan tempat Bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengannya"
(Al-Ikhlas 1-4)


Monday, June 22, 2009

JALAN YANG KAMU PERLU IKUT WAHAI MUJAHIDIN AL-HAWARIYYUN

Di dalam konteks masyarakat jahiliyyah, uzlah wujud hanyalah uzlah berbentuk perasaan sahaja. Tidak mungkin uzlah yang praktikal dalam menjadi sempurna di dalam misi dakwah. Uzlah yang praktikal tidak akan sempurna kecuali selepas terdirinya masyarakat muslim uyang dikuasai oleh syariat Allah s.w.t dan melaksanakan segala undang-undang dan kekuasaannya. Maka di sinilah terbentuknya pengasingan yang praktikal. Jikalau misi dakwah boleh berfikir pada peringkat pertamanya untuk terus beruzlah daripada masyarakat jahiliyyah dan hidup di padang-padang pasir dan gua, tindakan ini akan menyebabakan dakwah menjadi beku dan jauh daripada manusia yang merupakan bahan mentah bagi dakwah Islamiyyah.

Disebabkan itu Rasulullah s.a.w masih menetap di Mekah dan tidak tinggal di dalam gua yang terdapat di sekitar bukau Mekah. Baginda tidak membiarkannya taghut Mekah sahaja malah Baginda menyampaikan dakwah dan solat di perkarangan Kaabah sewaktu dikelilingi sebanayak 360 buah berhala.

Para pendakwah yang mengharungi pertempurannya dengan jahiliyyah hendaklah mengingati keagungan Allah dan kekuatanNya di dalam hati dan melihat manusia yang menyakitinya dengan penuh kelembutan dan kasih saying. Alangkah betulnya ungkapan yang menyebut: "Ya Allah! Ampukanlah kaumku sesungguhnya mereka tidak tahu".
Sesungguhnya tindakan melarikan diri daripada masyarakat jahiliyyah adalah suatu yang termudah kepada para pendakwah daripada menghapuskan kekufuran. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Rabi'ah bin Ubad katanya: Saya melihat Nabi s.a.w pada masa jahiliyyah berjalan di pasar Zul Majaz dan berkata: "Wahai manusia!. Ucaplah La Ilaha Ilallah nescaya kalian akan Berjaya". Lalu orang ramai berkumpul kepadanya dan dibelakang Baginda terdapat seorang lelaki bermata juling yang mempunyai dua ikatan sanggul. Beliau berkata: "Dia seorang pendusta". Lelaki tersebut bertanya siapakah ia. Mereka memberitahu ia adalah bapa saudaranya, Abu Lahab .

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, terdapat riwayat Ibnu Mas'ud berkata: "Sewaktu Nabi s.a.w bersolat di Masjidil Haram, Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk dan kelmarin mereka telah melakukan penyembelihan di situ. Maka Abu Jahal berkata: "Siapa di antara kalian yang sanggup pergi ambil bangkai sembelihan sesiapa pun dan letakkannya di atas bahu Muhmmad apabila dia letakkannya di atas bahu Muhammad apabila dia sujud?". Lalu seorang lelaki yang paling jahat di antara mereka mendapatkannya, sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w sujud, ia pun meletakkannya di atas bahu Baginda. Kata Ibnu Mas'ud mereka semua ketawa dan memandang sesama sendiri sedangkan saya hanya melihat sahaja. Jika saya mempunyai kekuatan sudah pasti saya akan membuangnya dari bahu Rasulullah s.a.w. Nabi terus sujud dan tidak mengangkat kepala sehingga seseorang pergi menemui Fatimah. Dia pun datang lantas membuang bangkai tu dan berpaling kepada mereka serta mencaci mereka semua. Sebaik sahaja Nabi habis bersembahyang, Baginda mengangkat suaranya dan berdoa. Kebiasaannya apabila apabila Nabi berdoa, beliau akan berdoa tiga kali. Baginda berkata: "Ya Allah! Engkaulah yang menjatuhkan hukuman ke atas Quraisyh" sebanayak tiga kali. Apabila mendengar suaranya, mereka berhenti ketawa dan takutkan doanya. Kemudian Nabi berkata: "Ya Allah! Hancurkanlah Abu Jahal bin Hisham, Utbah bin Rabi'ah, Shaybah bin Rabi'ah, al-Walid bin Uqbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu'it. Baginda menyebut yang ketujuh tetapi saya terlupa. Demi Tuhan yang mengutuskan Muhammad dengan kebenaran, sesungguhnya saya melihat nama-nama yang disebut itu mati pada hari peperangan Badar.

Dalam kisah ini, Nabi s.a.w. tidak keluar daripada Mekah malah baginda terus berada di situ menghadapi jahiliyyah, meruntuhkan kepercayaan karutnya dengan al-Quran dan menhancurkan segala unsurnya dengan sebuah organisasi yang mengambil anggotanya di celah-celah suasana jahiliyyah yang tebal tersebut.

Al-Syahid Syed Qutb berkata di dalam muqadimah surah al-Ra'ad;
"Sesungguhnya generasi hari ini yang hidup di dalam jahiliyyah yang mana al-Quran turun untuk menghadapinya, mereka tidak bergerak dengan al-Quran tersebut dalam menghadapi jahiliyyah sepertimana generasi awal yang diturunkan kepada mereka al-Quran buat kali pertamanya itu bergerak…, tanpa gerakan ini, manusia tidak dapat lagi memahami rahsia-rahsia al-Quran, Orang yang duduk tidak akan dapat memperolehi rahsia al-Quran dan segala maknanya tidak diketahui kecuali insan yang percaya kepadanya dan bergerak dengannya untuk menghadapi tentangan jahiliyyah bagi mencapai makna dan intisarinya. Maka dengan sebab itulah makna dan intisari al-Quran telah hilang daripada capaian generasi sekarang. Begitu juga semua istilah-istilahnya juga telah terpesong dari makna sebenar 

Maka, renung-renungkanlah wahai gerakan dakwah Islam, adakah kita bersedia dari segi ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN???.. Jika masih kurang, maka kuatkanlah ILMU, ROHANI, TARBIAH DALAMAN..Jika sudah cukup, berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir..TAKBIR. .ALLAHUAKBAR…

rujukan : bro mahfuz(IPP)

UNTUNTUKMU WAHAI SERIKANDI2 PERJUANGAN ISLAM

Apabila ditanya kepada seorang aktivis wanita Islam ala Barat: "Kenapakah anda tidak memakai tudung?" Jawapan yang diberikan adalah: "Pakaian yang dituntut dalam Islam adalah taqwa!", merujuk kepada ayat 26 surah al-A'raaf:
"Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. "

Memandangkan sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang, maka apa yang dipakai pada jasmaninya tidak perlu dipersoalkan. Kefahaman seperti ini memang merupakan asas kepada aliran Islam Liberal dalam bab berpakaian. Kita menjawab, benar bahawa sifat taqwa letaknya pada rohani seseorang. Akan tetapi bagi manusia, apa yang terletak pada rohaninya akan terpancar pada jasmaninya. Orang yang memiliki rohani yang bertaqwa akan terpancar pada jasmaninya sifat-sifat yang membuktikan ketaqwaan tersebut. Sebagai contoh, orang yang bertaqwa akan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang tepat lagi benar, selari dengan ketaqwaannya. Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat lagi benar." [al-Ahzab 33:70]

Demikian juga kaitannya antara rohani yang bertaqwa dan pakaian jasmani seorang muslimah. Ketaqwaan seorang muslimah akan menyebabkan jasmaninya terpancar dengan pakaian yang ciri-cirinya menepati perintah larangan Allah dan Rasul-Nya. Adapun pakaian yang belum menepati ciri-ciri tersebut, maka mungkin ia disebabkan oleh tahap ketaqwaan yang rendah. Mungkin juga, ia disebabkan kejahilan atau salah faham dalam mengetahui apakah ciri-ciri tersebut. Risalah ini insya-Allah akan memberi tumpuan kepada kemungkinan kedua. 

Kita mulakan dengan ciri-ciri yang pertama:

Ciri Pertama: Bukan merupakan pakaian yang meraih kemasyhuran.
Ciri pertama pakaian muslimah yang bertaqwa adalah pada tujuannya, iaitu ia tidak dipakai demi meraih kemasyhuran. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran maka Allah akan memakaikannya pada hari Kiamat yang semisal, kemudian membakarnya di dalam pakaian tersebut dengan api neraka." [Diriwayatkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4029]

Tidak bertujuan meraih kemasyhuran bukanlah bermakna seorang muslimah tidak boleh memakai pakaian yang baru, kemas, berwarna dan indah. Ini kerana ukuran dalam ciri pertama ini ialah tujuan pemakaian dan bukan apa yang dipakai. Adakalanya seseorang itu turut mencari kemasyhuran dengan memakai pakaian yang buruk, robek dan kelihatan selekeh. Kemasyhuran yang dicarinya adalah mengharapkan pujian daripada orang ramai bahawa kononnya dia memiliki sifat zuhud. Ini juga adalah tujuan pemakaian yang dilarang. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa dilarang meraih dua bentuk kemasyhuran dalam berpakaian, yang pertama adalah memakai pakaian yang baik demi menarik perhatian orang atau keduniaan, yang kedua adalah memakai pakaian yang buruk demi menarik perhatian kepadanya. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra – hadis no: 6102 dengan sanad yang lemah, dikemukakan sebagai penjelas dalam bab ini]

Ciri Kedua: Tidak menyerupai pakaian kaum bukan Islam.
Kita umat Islam dilarang daripada menyerupai kaum bukan Islam dan ini termasuklah dalam ciri-ciri berpakaian. Abdullah bin Amr bin al-`Ash radhiallahu 'anh berkata:
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat saya memakai dua buah kain yang berwarna "Ushfur", maka baginda bersabda: "Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang-orang kafir maka janganlah memakainya." [Diriwayatkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis 2077].

Terdapat beberapa sebab mengapa Islam melarang umatnya daripada menyerupai kaum bukan Islam dalam apa jua bentuk penampilan jasmani:

1. Penampilan jasmani mencerminkan identiti seseorang, sekali gus mencerminkan apa yang dibanggakannya. Justeru itu kita jarang-jarang melihat orang bukan Islam ingin berpakaian seperti orang Islam, disebabkan kebanggaan mereka dalam memelihara identiti tersendiri dan pandangan mereka yang hina kepada Islam. Sebaliknya kita melihat orang Islam suka berpakaian seperti orang bukan Islam, malah berbangga-bangga dengan pakaian tersebut. Ini amat menggembirakan orang bukan Islam kerana ia menandakan betapa umat Islam memandang hina terhadap diri sendiri dan mencari kemuliaan di sisi mereka.

2. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang menjalin perhubungan di antara dua orang yang saling tidak berkenalan. Contohnya dua orang polis daripada lokasi yang berlainan, apabila berjumpa di satu tempat akan saling menegur. Faktor yang menggerakkan perhubungan antara mereka adalah pakaian seragam yang hampir mirip. Demikian juga, apabila dua orang muslimah yang tidak saling mengenali berjumpa, faktor yang akan menghubungkan mereka adalah pakaian bercirikan Islam yang mereka kenakan.

3. Penampilan jasmani mencerminkan kecenderungan hati kepada apa yang diminati dan dikasihinya. Orang yang minat kepada pasukan bolasepak pilihannya akan gemar untuk memakai baju jersi pasukan tersebut. Orang yang kasih kepada penyanyi tertentu akan berusaha untuk berfesyen sebagaimana penyanyi tersebut. Demikian juga, seorang muslimah yang cenderung kepada orang bukan Islam akan cenderung untuk berpakaian seperti mereka. Kecenderungan seperti ini adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam kerana Allah Subhanahu wa Ta`ala telah berfirman:
"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya." [al-Mujadilah 58:22]

4. Penampilan jasmani adalah salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan. Contohnya, orang yang mengenakan pakaian para ahli ilmu akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang ilmuan. Orang yang mengenakan pakaian ketenteraan akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang tentera. Demikian juga, seorang muslimah yang mengenakan pakaian orang bukan Islam akan memiliki kecenderungan untuk berakhlak dan bertindak seperti orang bukan Islam. Ini akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke dalam akhlak dan perbuatan yang lazim dilakukan oleh orang bukan Islam yang sebenarnya haram di sisi Islam.
Oleh itu hendaklah seorang muslimah berusaha menjauhkan diri daripada berpenampilan seperti orang bukan Islam. Dalam suasana globalisasi sekarang ini, perintah ini adakalanya sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. Maka laksanakanlah sekadar mampu, lakukanlah perbezaan sekalipun dengan kadar yang minima.

Ciri Ketiga: Tidak menyerupai kaum lelaki. Selain daripada pakaian yang tidak menyerupai orang bukan Islam, seorang muslimah juga dituntut untuk berpakaian yang tidak menyerupai kaum lelaki. `Abd Allah ibn `Abbas radhiallahu 'anh berkata:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." [Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 5885]

Hikmah larangan adalah kerana pakaian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akhlak dan perbuatan seseorang. Apabila seorang muslimah berpakaian seperti lelaki, dia akan cenderung untuk berakhlak dan bertindak sebagai seorang lelaki. Ini akan menyebabkan berlakunya kesongsangan dalam peranan dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, sebahagian daripada peranan kaum lelaki adalah tidak sesuai dengan fizikal kaum wanita sehingga akhirnya menimbulkan mudarat kepadanya.

Ciri Keempat: Tidak jarang kainnya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang." [Diriwayatkan al-Thabarani dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Jilbab al-Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah (Dar al-Salam, 2002), ms. 125]

Maksud Rasulullah dalam hadisnya di atas adalah wanita yang mengenakan pakaian yang jarang kainnya sehingga menampakkan tubuh badan mereka di sebaliknya. Justeru sekalipun mereka berpakaian, mereka sebenarnya tetap telanjang. Oleh itu dalam memilih sesuatu pakaian, hendaklah diperhatikan agar kainnya tidak jarang atau nipis.

Ciri Kelima: Tidak menampakkan bentuk badan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah memberikan sehelai pakaian Quthbiyah yang tebal kepada sahabatnya, Usamah bin Zaid radhiallahu 'anh. Usamah kemudiannya memakaikannya kepada isterinya. Melihat yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpesan kepada beliau:
"Suruhlah beliau memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya." [Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi, sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani di dalam al-Tsamar al-Mustathab fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab (Muassasah Ghiras, Kuwait, 1422H), jld. 1, ms. 318]

Perhatikan bahawa sekalipun pakaian Qubthiyah adalah tebal, Rasulullah tetap menyuruh agar dipakai baju dalam di sebaliknya. Hal ini mungkin disebabkan oleh saiz badan isteri Usamah yang besar atau sifat pakaian Quthbiyah yang mudah melentur mengikuti bentuk badan orang yang memakainya. Berdasarkan hadis ini, hendaklah seorang muslimah mengenakan pakaian yang dapat menghindari daripada menampakkan bentuk badannya semampu mungkin, seperti memakai baju dalam, baju tambahan di luar, pakaian yang longgar atau pakaian yang diperbuat daripada kain yang tidak mudah mengikut bentuk badan.
Ciri Keenam: Tidak mengenakan wangian pada pakaian. Dilarang bagi seorang muslimah untuk sengaja memakai wangi-wangian agar dapat dihidu oleh kaum lelaki. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesiapapun wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." [Diriwayatkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 5141]

Larangan ini tidak membezakan sama ada wangian tersebut dikenakan di atas badan atau pakaian. Dikatakan "penzina" adalah kerana wangi-wangian yang dikenakan oleh wanita adalah salah satu faktor yang menaikkan berahi kaum lelaki sehingga akhirnya menyebabkan perzinaan, sama ada secara rela atau paksa. Walaubagaimanapun hadis ini tidaklah melarang seorang muslimah daripada menjaga dirinya daripada berbau busuk. Oleh itu dibolehkan, malah dianjurkan, untuk menjaga keharuman diri dengan sabun mandian atau semburan badan yang bersifat menahan peluh (anti perspirant) atau bau busuk (deodorant).
Ciri Ketujuh: Menutupi tubuh badan kecuali apa yang zahir.Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." [al-Nur 24:31]

Terdapat beberapa penjelasan yang penting daripada ayat di atas:
Pertama: Firman Allah: "…katakanlah…" bukanlah bererti ia adalah satu suruhan yang sunat atau ringan hukumnya, tetapi suruhan yang membawa kepada perintah wajib. Ini sebagaimana firman Allah: "Katakanlah: (Tuhanku) ialah Allah Yang Satu." [al-Ikhlas 112:1]. Ayat ini tidaklah bererti mengesakan Allah sebagai Tuhan yang Satu adalah sunat kerana mengesakan Allah sebagai Tuhan yang Satu adalah kewajipan agama yang paling asas.

Kedua: Firman Allah: "…kepada wanita-wanita yang beriman…" menunjukkan bahawa perintah ini ditujukan kepada semua wanita beriman tanpa membezakan tempat dan zaman. Ini membatalkan dakwaan Islam Liberal yang menganggap pakaian yang menutupi badan hanya untuk wanita yang hidup 1400 tahun yang lalu di padang pasir.

Ketiga:Firman Allah: "…janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka…" adalah satu larangan yang bersifat umum, bererti seorang muslimah dilarang daripada memperlihatkan tubuh badan mereka. Ini kerana tubuh badan wanita adalah satu "perhiasan" yang istimewa dan apa jua perhiasan yang memiliki nilai yang tinggi maka lazimnya ia tertutup demi memelihara keistimewaannya. Perhatikan bagaimana emas dan berlian tertutup di bawah tanah, mutiara tertutup dalam cengkerangnya di dalam lautan dan minyak tertutup di dalam lapisan bumi. Perhatikan juga bahawa di antara deria-deria manusia seperti mata, telinga dan hidung, hanya mata yang memiliki kelopak yang menutupinya manakala deria lain dibiarkan terdedah. Ini tidak lain menunjukkan bahawa mata adalah deria yang paling istimewa sehingga perlu ditutupi.
Selain itu seorang muslimah yang "menutup perhiasan" badannya akan mudah dikenali sebagai wanita yang baik dan lebih terpelihara daripada gangguan orang lain. Allah Subhanahu wa Ta`ala berfirman:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " [al-Ahzab 33:59]
Keempat: Keumuman larangan di atas telah diberikan pengecualian, iaitu dengan firman Allah: "…kecuali yang zahir daripadanya. " Terdapat dua kefahaman di kalangan para ilmuan Islam tentang apa yang dimaksudkan dengan pengecualian di atas:

1. Yang dimaksudkan dengan "zahir" adalah bentuk badan seorang wanita dimana sekalipun dengan pakaian yang menutupi keseluruhan badan dan muka, seorang wanita tetap dapat dikenali disebabkan oleh susuk badan mereka. Maka ini dikecualikan kerana ia adalah sesuatu yang memang sukar untuk dielakkan. Berdasarkan kefahaman ini, ayat 31 surah al-Nisaa' dijadikan dalil bahawa seorang muslimah wajib menutupi seluruh badannya termasuk muka.

2. Yang dimaksudkan dengan "zahir" adalah apa yang kelihatan daripada beberapa anggota yang lazimnya terdedah bagi membolehkan seorang muslimah melaksanakan tugasnya yang ditetapkan oleh syari`at Islam. Anggota tersebut ialah muka dan tangan di bawah pergelangannya. Sebahagian lain menambah bahagian di bawah buku lali kakinya. Berdasarkan kefahaman ini, ayat 31 surah al-Nur juga dijadikan dalil bahawa seorang muslimah wajib menutupi seluruh badannya kecuali apa yang perlu untuk tugasnya yang ditetapkan oleh syari`at.

Sekalipun terdapat dua kefahaman, wilayah perbezaan di antara kedua-duanya adalah amat kecil. Kedua-dua pihak memiliki hujah dan di sini penulis mengambil sikap berlapang dengan berkata bahawa kedua-duanya adalah benar. Seorang muslimah boleh memilih salah satu daripada pendapat tersebut. Pada waktu yang sama hendaklah dia menghormati muslimah lain yang memilih pendapat yang berbeza daripadanya.

Kelima: Sebelum turunnya ayat 31 surah al-Nur, sebahagian wanita pada zaman tersebut ada yang memakai tudung kepala. Akan tetapi tudung tersebut dilepaskan ke belakang badan mereka. Maka Allah membetulkan cara pakaian tersebut dengan firman-Nya: "…hendaklah mereka menutup dada dengan tudung kepala mereka", yakni hendaklah ia dilepaskan ke hadapan badan mereka. Tidak sekadar itu, ia juga hendaklah dilabuhkan sehingga menutupi ke bawah dada mereka.
Demikian tujuh ciri-ciri pakaian bagi seorang muslimah yang bertaqwa. Sekali lagi ditegaskan bahawa taqwa adalah kedudukan rohani yang dibuktikan melalui perbuatan jasmani dan ciri-ciri berpakaian tidak terlepas daripada pembuktian ini. Pembuktian tersebut hendaklah secara bersungguh-sungguh sebagaimana pesan Allah Subhanahu wa Ta`ala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa." [Ali Imran 3:102]

Walaubagaimana jika seorang muslimah mengalami kesukaran atau terhimpit dalam satu suasana yang menyukarkan, hendaklah dia berusaha sekadar termampu kerana Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun juga telah berfirman:
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu." [al-Taghabun 64:16]

Terpenting, membaca ayat: "Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya" sebagai alasan untuk tidak bertudung bukanlah ciri-ciri seorang muslimah yang bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, mahupun bertaqwa kepada Allah dengan sedaya upaya. Ia hanyalah ciri-ciri seorang wanita yang bertaqwa kepada hawa nafsunya.

Renung-renungkanlah wahai muslimat, dirimu diciptakan mulia olehNya, maka janganlah kita pula yang menjatuhkan diri kita ke lembah kehinaan..Jagalah dirimu dari segala apa yang boleh merosakkan kamu..Ingatlah bahawa kamu adalah serikandi Islam yang boleh menggoncangkan dunia…….

rujukan : bro mahfuz(IPP)

Sunday, June 21, 2009

PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA

FIRMAN ALLAH:

maksudnya - wahai umat manusia,sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). sesungguhnya ALLAH maha mengetahui, lagi maha mendalam pengrtahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

1.1 MUQADDIMAH

usrah bukanlah asing di dalam islam.biar lah ana cerita pasal sejarah sikit.cuba kita lihat pada zaman nabi kita Rasulullah SAW sewaktu malam aqabah ketiga selepas Bai'ah Aqabah terakhir,73 lelaki dan wanita datng berbai'ah dari Madinah kepada Rasullah SAW...Baginda juga memilih 14 naqib dari kalangan mereka...mereka terdiri dari 9 org puak Khazraj,3 org puak Aus dan 2 org wanita

PUAK KHAZRAJ:

1) As'ad b. Zararah

2)Sa'ad b. Rubai'

3)Abdullah b. Rawahah

4)Rafi' b.Malik

5)Bara' b. Ma'rur

6)'Abdullah b. Amru bin Haram(ayah kepada Jabir dan islam pada mlm tersebut)

7)Sa'ad b. Ubadah

8)al-Munzir b. Amru

9)Ubadah b. As-Somit

PUAK AUS

1)Usaid b. al-Hadir

2)Sa'ad b. Khathimah

3)Rifa'ah b. 'Abd al-Munzir

KAUM PEREMPUAN

1)Nusaibah bt. Ka'ab b. Amru

2)Asma' bt. 'Amru b. 'Adi

1.2 DEFINISI DAN KONSEP

Proses Tarbiyah islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah-perkataan arab bawa makna keluarga adalah satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang di bina di atas semangat al-ukhuwwah al-islamiyah.satu proses pembentukan ini membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencukupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap islam sebagai sistem SYUMUL WA MUTUKAMIL (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin(para pekerja) dan bukan sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tahu kepentingan golongan berfikir ini.

konsep usrah selalu disalahertikan.ada pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah(kepercayaan),taat,jihad,sedia berkorban dan sebagainya.

usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah,itu yang penting.oleh sebab itu,kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli2 usrah yg bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah.dan juga tidak merujuk kepada keupayaan naqib dan naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi.namun,naqib dan naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalah ahli-ahli usrahnya boleh di ibaratkan seorang sahabat karib yang ikram atau ibarat seorang guru atau ibu bapa yang penyayang.

MATLAMAT USRAH:

Membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan.peribadi- peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikatkan dengan ukhuwwah,disamping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya.sesi kaunseling beloh wujud dalm usrah tapi usrah ini bukanlah semata mata sebagai suatu sesi kaunseling.ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitik beratkan soal ukhuwwah atau persaudaraan.ada juga sesetengah pihak yang menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau ilmu.

1.3 RUKUN USRAH

  • Taaruf - berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah.Firman ALLAH S.W.T:Maksudnya: sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara......' Dan sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: 'Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain'. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara ALLAH. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah(daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi(memberi dan menerima)-kenal yang benar2, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.
  • Tafahum - bersefahaman.At-tafahum daripada bab mufa'alah juga,bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap,satu tindakan daripada sama- sama faham,sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah,tunduk kepada kebenaran,muhasabah diri,muhasabah sama-sam jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara(ad-Dinul nasihah).AWAS jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa apa perasaan tidak senang kepada satu sama lain,baik yang memberi atau menerima.
  • Takaful - merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela.maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah2 yang dihadapi oleh saudarnya.Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwwah yang murni.
Sabda Rasulullah s.a.w.,maksudnya 'sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid ak selama sebulan.dan sabdanya lagi,maksudnya,'sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga miskin, maka tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya At-takaful dalam islam bagi rukun usrah ketiga.


1.4 PELAKSANAAN USRAH

A) Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali
dan merupakan program tarbiyah(didikan) yang tetap.
B) Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
C) sembahyang berjamaah,berwirid,membaca Al-Quran adalah rukun utama
majlis usrah.
D) Sebaik-baik usrah adalah mengikut cara di bawah ini:
.) Bermula dengan (maghrib berjemaah
.) Berwirid dengan Al-Mathurat
.) membahas dan mengkaji kertas-kertas kerja dan sebagainya,
yang telah ditetapkan,yang disediakan oleh naqib atau naqibah.

E) Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah
ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-
baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
F) selesai berbincang dan bahas2 dan tukat2 fikiran dengan teliti, maka majlis
mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada
semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan
sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri
usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit. sekiranya tajuk
perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan kepada pandangan
pimpinan yang lebih tinggi,maka hendaklah merujuk kepada peringkat
yang bertanggungjawab dalam jamaah
G) Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan
oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan
pimpinan.
H) Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus
kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan
umat islam di dalam dan di luar negara.
I) Usrah bersurai sesudah membaca tasbih kaffarah dan suratul Al' Ashr.

ok lah ana akan smbung adab2 usrah,pentadbiran usrah dan peranan nuqaba' mugkin sok...sekian...tunggu

Thursday, June 18, 2009

FAMILI PERTAMA YANG DIBINA ANTARA ANA,BRO DZUL DENGAN FIRST YEAR

kepada sahabat satu famili yang ana dan dzul sygi sekalian yang terdiri daripada syabab,muhaimin,tengku,hafiz,faiz,asymir,sahel,ibrahim,asnawi.sebelom itu ana nak mengatakan bahawa ana sgt menyukai warna hijau dan juga bulan penuh.xtahu la knapa.
semoga antum semuo shat selalu disamping meningkatkan ilmu agama mahupon ilmu dunia...seimbangkan kedua-duanya sekali ok..pasti dan pasti janji Allah itu benar...jagalah ukhwah sesama kita...








ahli2 famili yg tgh khusyuk mndgr taklimat




hafiz & faiz taaruf sesama sendiri




hafiz & faiz sedang berkasih syg




hafiz,asymir,faiz,syabab & saddam




apa lagi antum bincangkan tu





giliran syabab & saddam berkasih plak




hai syabab dan syabab membalas hai saddam




syabab sedang kasi tazkirah kat bro dzul plak




pemuda2 & pejuang2 ALLAH



gaya gagah seorang pejuang islam...saddam nama diberi.bakal pejuang islam suatu hari nnti. AMIN...




kami senyum tandanya kami sanggup memperjuangkan agama ALLAH




asymir & faiz sedang mencari kasut utk berperang fi sabilillah




strategi sedang di rangka utk menegakkan islam




asymir adalah bakal pendokong agama islam dan jugak pemain basketball...nntikan...




'ana la jaguh tenis' itu lah kata2 saddam..




saddam tengah memilih senjata utk memerangi kuffar




setelah selesai solat asar,asymir menghantar sms mengatakan


kedudukan tentera islam




setelah penat berperang faiz balik ke kampung halaman masing2




dzul kepenatan melawan dugaan yang menimpa




asymir,faiz &hafiz membincangkan tentang kegagalan umat2 islam didunia pd zaman skang




syabab kepenatan tetapi asymir datang membantu




'ok la ana syabab mahu pulang,penat dah' kata2 syabab setelah berperang dgn pelbagai dugaan


kami lah satu famili yang terdiri daripada syabab,saddam,ana sendiri,asymir,faiz,hafiz(dah balik),

bro dzul(camera-man)

sahel(ade hal),bahim(ade masalah)




asymir berkata cukup lah setakat hari ini




bro dzul(macam mne ni)


faiz bersama hafiz bersolat hajat untk kejayaan umat islam di dunia


black n syabab sedang merancang strategi


xhabis habis lagi ke syabab dan black


nak balik dah nie...




ni lah antara-antara sahabat sahabat usrah ana sewaktu kami melancong ke mid,mydin dan tmpat2 lain dgn harapan ukhuwwah yang terbina dapat dijalin kan dgn lebih rapat seperti sebuah keluarga yang bahagia...insyaALLAH....akhir kata mohon maaf jika tersalah kata semasa ana menulis blog ni.mhon maaf la ok....mana yang baik dtgnya dari ALLAH dan yg buruknya dtgnya dri diri ana sndiri sbg sorng hmba ALLAH yng hina ini...yg pnting tingkatkan ilmu tingkatkan keyakinan diri dlm usaha menegakkan islam dan jadilah muslim yg benar2 mengamalkan ajaran islam yg sebenar benarnya....sekian terima kasih...wassalam.
TAKBIR!!!






















Wednesday, June 3, 2009

describtion about catering member TAWE

asslamualaikum kwn2...nama koi amir,koi ni baru blaja wat blog ni...koi blaja dri kwn koi namanya saifullah a.k.a mat...die ni ab koi...aok smuo jgn cnfius taw koi mksudnya ak n then aok tu mksudny awak...bhasa kepahangan skit.....nk taw koi dpt jdi commitee catering for TAWE..waduh2 my heart exploded wih joy taw bla dpt taw bite ni...mmang keje yng koi hjati n sygi...slama 1mggu lbih induction n tawe ni koi sggh brsyukur la dpt pnglaman,knalan dri pj n nilai n byk ag...

ni antara shabat2,adik bradik koi as a commitee catering

mulimin: 1) khir

2) hafiz zakaria

3) hafiz ibrahim

4) hafis firdaus

5) shaq

6) nazreen

mulimat: 1) tia(headcom)

2) zihar(assistantmu assistantku jua)

3) farhana

4) hazuani

5) najibah

6) atiqah

7) paie

8) mas

9) amal

10) fathin

11) julia

12) hawa

13) yani

14) misz

15) hanis

16) ida

17) aina

18) fadhilah

sori la koi xdok maso nok describe sore sore maso xdok lor....

apo yg pnting ingati la ALLAH sokmo....takbir!!!!!!!!