Sunday, June 21, 2009

PENGENALAN KONSEP USRAH DAN KEPENTINGANNYA

FIRMAN ALLAH:

maksudnya - wahai umat manusia,sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain).sesungguhnya semulia mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). sesungguhnya ALLAH maha mengetahui, lagi maha mendalam pengrtahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)

1.1 MUQADDIMAH

usrah bukanlah asing di dalam islam.biar lah ana cerita pasal sejarah sikit.cuba kita lihat pada zaman nabi kita Rasulullah SAW sewaktu malam aqabah ketiga selepas Bai'ah Aqabah terakhir,73 lelaki dan wanita datng berbai'ah dari Madinah kepada Rasullah SAW...Baginda juga memilih 14 naqib dari kalangan mereka...mereka terdiri dari 9 org puak Khazraj,3 org puak Aus dan 2 org wanita

PUAK KHAZRAJ:

1) As'ad b. Zararah

2)Sa'ad b. Rubai'

3)Abdullah b. Rawahah

4)Rafi' b.Malik

5)Bara' b. Ma'rur

6)'Abdullah b. Amru bin Haram(ayah kepada Jabir dan islam pada mlm tersebut)

7)Sa'ad b. Ubadah

8)al-Munzir b. Amru

9)Ubadah b. As-Somit

PUAK AUS

1)Usaid b. al-Hadir

2)Sa'ad b. Khathimah

3)Rifa'ah b. 'Abd al-Munzir

KAUM PEREMPUAN

1)Nusaibah bt. Ka'ab b. Amru

2)Asma' bt. 'Amru b. 'Adi

1.2 DEFINISI DAN KONSEP

Proses Tarbiyah islamiyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu.

Usrah-perkataan arab bawa makna keluarga adalah satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang di bina di atas semangat al-ukhuwwah al-islamiyah.satu proses pembentukan ini membawa makna penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencukupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap islam sebagai sistem SYUMUL WA MUTUKAMIL (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjamaah.

usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan 'amilin(para pekerja) dan bukan sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kita tahu kepentingan golongan berfikir ini.

konsep usrah selalu disalahertikan.ada pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah(kepercayaan),taat,jihad,sedia berkorban dan sebagainya.

usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah,itu yang penting.oleh sebab itu,kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli2 usrah yg bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah.dan juga tidak merujuk kepada keupayaan naqib dan naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi.namun,naqib dan naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalah ahli-ahli usrahnya boleh di ibaratkan seorang sahabat karib yang ikram atau ibarat seorang guru atau ibu bapa yang penyayang.

MATLAMAT USRAH:

Membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan.peribadi- peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikatkan dengan ukhuwwah,disamping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya.sesi kaunseling beloh wujud dalm usrah tapi usrah ini bukanlah semata mata sebagai suatu sesi kaunseling.ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitik beratkan soal ukhuwwah atau persaudaraan.ada juga sesetengah pihak yang menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau ilmu.

1.3 RUKUN USRAH

  • Taaruf - berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah.Firman ALLAH S.W.T:Maksudnya: sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara......' Dan sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: 'Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain'. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara ALLAH. Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah(daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi(memberi dan menerima)-kenal yang benar2, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.
  • Tafahum - bersefahaman.At-tafahum daripada bab mufa'alah juga,bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap,satu tindakan daripada sama- sama faham,sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah,tunduk kepada kebenaran,muhasabah diri,muhasabah sama-sam jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara(ad-Dinul nasihah).AWAS jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa apa perasaan tidak senang kepada satu sama lain,baik yang memberi atau menerima.
  • Takaful - merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela.maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah2 yang dihadapi oleh saudarnya.Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwwah yang murni.
Sabda Rasulullah s.a.w.,maksudnya 'sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid ak selama sebulan.dan sabdanya lagi,maksudnya,'sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga miskin, maka tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain syurga. Inilah gambaran besar atau kecilnya At-takaful dalam islam bagi rukun usrah ketiga.


1.4 PELAKSANAAN USRAH

A) Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali
dan merupakan program tarbiyah(didikan) yang tetap.
B) Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
C) sembahyang berjamaah,berwirid,membaca Al-Quran adalah rukun utama
majlis usrah.
D) Sebaik-baik usrah adalah mengikut cara di bawah ini:
.) Bermula dengan (maghrib berjemaah
.) Berwirid dengan Al-Mathurat
.) membahas dan mengkaji kertas-kertas kerja dan sebagainya,
yang telah ditetapkan,yang disediakan oleh naqib atau naqibah.

E) Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah
ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-
baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
F) selesai berbincang dan bahas2 dan tukat2 fikiran dengan teliti, maka majlis
mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada
semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan
sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri
usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit. sekiranya tajuk
perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan kepada pandangan
pimpinan yang lebih tinggi,maka hendaklah merujuk kepada peringkat
yang bertanggungjawab dalam jamaah
G) Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan
oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan
pimpinan.
H) Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus
kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan
umat islam di dalam dan di luar negara.
I) Usrah bersurai sesudah membaca tasbih kaffarah dan suratul Al' Ashr.

ok lah ana akan smbung adab2 usrah,pentadbiran usrah dan peranan nuqaba' mugkin sok...sekian...tunggu

No comments:

Post a Comment