Wednesday, June 24, 2009

AQIDAH DAN SYAHADAH

FIRMAN ALLAH S.W.T(AL-AN'AM)

74. dan (ingatlah) ketika nabi ibrahim berkata kepada bapanya Aazar : "patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? sesungguhnya Aku melihatmu dan kaummu Dalam kesesatan Yang nyata".

75. dan demikianlah kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

76. maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata : "inikah tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula : "aku tidak suka yang terbenam hilang".

77. kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata : "inikah Tuhanku? maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia : "Demi sesungguhnya, jika Aku diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadikanlah Aku dari kaum Yang sesat".

78. kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinar cahayanya), berkatalah dia : Inikah Tuhanku? ini lebih besar".setelah matahari terbenam, Dia berkata pula : "Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (sengan sesuatu Yang lain)".


2.10 MUQADDIMAH

kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan antara tauladan dan pengajaran yang wajar diamati dan di perhatikan tatkala membincangkan soal aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal berkaitan. Pemuda yang digelar Ashabul Khafi ini merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah S.W.T. Mereka berpegang teguh dengan Aqidah yang betul bahawa tiada tuhan selain Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan pegangan Aqidah yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri ke dalam gua. lari bukan kerana takut tapi Aqidah yang dipertahankan.

Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang berlaku kejam terhadap Ashabul Khudud(orang yang beriman kepada Allah). Mereka menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit marak dengan api dan melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman ini dengan mencampakkan mereka ke dalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah S.W.T

2.11 PENGERTIAN

BAHASA : bermaksud ikatan atau simpulan atau janji yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut. Manakala bagi haiwan, ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman. Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada kehidupan yang lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di dunia dan di akhirat.

ISTILAH : Kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan melaksanakannya dalam kehidupan. Dalilnya :

"Tidak ada paksaan didalam (memeluk) agama (Islam) kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur).Oleh itu barang siapa yang ingkar kepada Thoughut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah : 256)

Aqidah merupakan suatu perkara yang ditetapkan malah wajib bagi pegangan Aqidah itu disertakan dengan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh tanpa sebarang syak. Timbulnya sebarabg syak merupakan satu keraguan dan bukannya Aqidah.

2.12 KEPENTINGAN AQIDAH

Aqidah merupakan perkara yang amat amat amat penting kepada manusia. Tanpa Aqidah, manusia akan kehilangan arah tujuan. Hanya Aqidah yang Sahihah sahaja yang dapat menjawab persoalan yang sering berlegar-legar dalam pemikiran manusia seperti :
  • Dari mana asal-usulnya?
  • Siapakah penciptanya?
  • Apakah tujuan alam diciptakan?
  • Apakah kehidupan lain selepas kehidupan dunia?
  • Bagaimana bentuk kehidupan tersebut?
Dalam hadapi persoalan2 mcm di atas, maka tujuan Aqidah Islam yang terpenting sekali adalah mengajak manusia kepada tauhid. Di dalam islam, Iman yang berlandaskan Aqidah adalah menjadi asas sesuatu amalan, dimana amalan seseorang itu tidak akan diterima Allah kecuali ianya dilakukan oleh orang beriman berlandaskan kepada Aqidah yang sahih. Hatta, mereka yang x beriman kepada Allah dan x mengharapkan pahala darinya serta beramal bukan kerana menuntut keredaan Allah tidak berhak mendapat pahala atas apa yang dilakukan. Maka mereka tidak beriman ini akan diseksa disebabkan kekufuran dan kesesatan mereka.

2.13 UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH

ia dapat disimpulkan melalui rukun iman :
  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada Kitab
  • Beriman kepada Hari Kiamat
  • Beriman kepada Qada dan Qadar
1) Beriman kepada Allah diasaskan kepada 3 perkara :
  • Tauhid Uluhiyah - beriman kepada Allah sahaja yang menjadi dan menciptkan semua makhluk.Allah sahaja yang menghidupkan dan mematikan dan bersifat ketuhanan yang layak bagi Allah.
  • Tauhid Rububiyah - beriman kepada Allah sahaja yang layak disembah dan dipuja dengan sebenarnya dan menafikan penyembahan selain Allah.
  • Tauhid Asma' wa sifat - beriman bahawa Allah mempunyai 99 nama baik dan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna.
2) Beriman kepada Malaikat
  • berimaan dengan penuh keyakinan tentang adanya makhluk yang bernama malaikat yang dijadikan nur. Tidak diketahui bilangannya kecuali Allah dan yang hanya wajib kita tahu hanyalah 10.
3) Beriman kepada Rasul
  • Beriman dengan sekalian rasul sebagai utusan Allah untuk mengajar umat manusia akan hukum2nya.bilangan mereka banyak dan wajib diketahui hanyalah 25
4) Beriman kepada kitab
  • beriman bahawa Allah telah menurunkan kitab sebanyak 104 buah kepada rasul-rasulnya.Antaranya : TAURAT (NABI MUSA AS), ZABUR (NABI DAUD AS), INJIL (NABI ISA AS) dan AL-QURAN (NABI MUHAMMAD S.A.W)
  • Al-Quran telah menasakhkan (mansuh) semua kitab2 terdahulu.
5 ) Beriman kepada Hari Qiamat
  • beriman bahawa selepas hidup di dunia ini terdapat pula hidup yang lain dimana Allah akan menghidupkan semula semua manusia untuk dihisap dan menerima balasan.
6) Beriman kepada Qada' dan Qadar
  • beriman bahawa segala sesuatu yang berlaku di alam ini adalah dilakukan oleh allah dan dengan Qada' dan Qadar nya. Manusia hanya bertanggungjawab mengenai kerja,usaha, dan ikhtiar sahaja.
2.14 PERBEZAAN AQIDAH DAN IDEOLOGI

AQIDAH
  • Bermaksud simpulan atau ikatan atau hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T. hubungan ini disimpulkan melalui kalimah syahadah.
  • Aqidah berdasarkah wahyu dan ianya bersifat tetap, yang berubah hanyalah syariat.
  • Aqidah mempunyai daya untuk menggerakkan daya dan usaha yang menepati Aqidah tersebut
  • Ia mempunyai tarikan yang bersifat ghaib disebalik alam nyata.
IDEOLOGI/IDEA/TEORI/ISME
  • Bermaksud fahaman yang mana ianya diciptakan untuk mengatasi kelemahan sistem yang ada.
  • Contohnya : KAPITALISME (fahaman ekonomi), LIBERALISME (persamaan hak), NASIONALISME (kebanggsaan), SEKULARISME (pemisahan agama dengan keduniaan), SOSIALISME (kemasyarakatan), dan lain-lain.
  • Semua fahaman ini datangnya daripada akal dan x berkaitan drngan Wahyu.
  • ideologi/idea/teori/isme ini bersifat dingin dan beku. ia x menghasilkan pendirian yang teguh dan mantap.
  • Lebih kepada angan-angan nafsu dan kebendaan.
2.15 AQIDAH DAN PEMBENTUK PERIBADI

PENGARUH AQIDAH DALAM MENDIDIK HATI NURANI : Di dalam islam, Aqidah telah mendidik hati nurani dengan didikan yang sempurna. Hati ini lah yang bertindak sebagai pengawas dalam apa jua tindakan dan kegiatan. Aqidah yang terpasak di dalam hati jiwa seorang muslim akan menjadikan segala tindakan dan amalannya seolah-olah Allah berada di hadapan mata, menyaksikan tindak tanduknya. Kesannya, seorang mukmin akan melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang Allah.

PENGARUH AQIDAH TERHADAP AMAL PERBUATAN : Perkataan amal dalam islam berkait rapat dengan ilmu, orang yang berilmu hendaklah beramal. Pengertian amal dalam islam sangat luas. Setiap gerakan positif yang didorong oleh aqidah atau yang digalakkan oleh islam adalah amal. Setiap amal atau perbuatan yang dilakukan mestilah ada hubungan hati dengan Allah memikirkan apakah balasan yang akan diterima di akhirat kelak.

FIRMAN ALLAH S.W.T :


"Dan Katakanlah (wahai Muhammad) : Beramal lah kamu (akan Segala Yang Diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan oleh (Allah)
Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan".
(At-Taubah : 105)

Berdasarkan ayat ini, jelaslah sesorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlaknya yang mulia lagi terpuji, meninggalkan segala perbuatan maksiat dan syubhat, kerana akhlak/amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada aqidah yang sahih kepada Allah. Pengaruh aqidah untuk berpegang kepada prinsip : sesungguhnya prinsip yang kuat lahir dari pegangan yang kuat pada Aqidah. Keteguhan prinsip yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam berhadapan dengan kaum musyrikin, sudah tentu tidak akan dicapai oleh manusia dengan aqidah dan keyakinan yang mantap.

2.16 KONSEP TAUHID

1) Asas kepada Aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah intipati dari islam itu sendiri.
  • BAHASA : Mengesakan Allah
  • ISTILAH : Beri, tikad, percaya, dan yakin bahawa Allah itu Tuhan yang esa dan tiada sekutu baginya
Secara ringkasnya : Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya yang menciptakan alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah

FIRMAN ALLAH :

"Katakanlah (wahai muhammad), Allah yang maha esa, Tuhan tempat Bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengannya"
(Al-Ikhlas 1-4)


No comments:

Post a Comment